Skip to main content

Dunia

Timbalan pengarah jabatan kerajaan M'sia ditahan kerana seleweng bantuan duit raya

Seorang timbalan pengarah operasi sebuah jabatan kerajaan hari ini (6 Dis) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaaan menyeleweng peruntukan bantuan ‘duit raya’ bersempena Aidilfitri tahun ini berjumlah RM22,500 (S$7,400).

Anggaran Waktu Membaca:
Timbalan pengarah jabatan kerajaan M'sia ditahan kerana seleweng bantuan duit raya

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 06 Dec 2020 08:32PM Dikemas Kini : 06 Dec 2020 08:40PM

ALOR SETAR: Seorang timbalan pengarah operasi sebuah jabatan kerajaan hari ini (6 Dis) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaaan menyeleweng peruntukan bantuan ‘duit raya’ bersempena Aidilfitri tahun ini berjumlah RM22,500 (S$7,400).

Sumber SPRM menyataka lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada pukul 11.45 pagi pada Ahad di pejabat SPRM.

“Suspek dipercayai telah salah guna kuasa dengan menyeleweng peruntukan duit raya daripada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 (S$164) seorang.

“Namun, bantuan itu tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita