Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Timbalan Pendakwa Raya Malaysia akan putuskan tindakan lanjut kes Daim Zainuddin

Sebarang tindakan lanjut berhubung pendakwaan dihadapi mantan Menteri Kewangan, Allahyarham Daim Zainuddin akan diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), lapor Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Timbalan Pendakwa Raya Malaysia akan putuskan tindakan lanjut kes Daim Zainuddin

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

KUALA LUMPUR: Sebarang tindakan lanjut berhubung pendakwaan dihadapi mantan Menteri Kewangan, Allahyarham Daim Zainuddin akan diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), lapor Malaysiakini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, susulan kematian Allahyarham Daim, 86 tahun, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, pada Rabu (13 Nov)

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama TPR dan tindakan seterusnya akan diputuskan oleh pihak terbabit.

"Kami akan membincangkan dengan pihak TPR mengenai bagaimana pemergian Allahyarham Tun Daim berkemungkinan boleh menjejaskan pendakwaan.

“Kami di SPRM hanya bertanggungjawab untuk menyiasat,” katanya kepada media, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu kemungkinan akan mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya satu atau dua minggu.

Katanya, SPRM akan memberikan kemas kini sebaik keputusan dibuat.

Allahyarham Daim yang menerima rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya sejak dua minggu lalu disahkan meninggal dunia pada 8.21 pagi Rabu

Jenazah mantan Menteri Kewangan itu dibawa pulang ke rumahnya di Persiaran Bukit Tunku sebelum solat jenazah selepas solat Asar di Masjid Wilayah, Jalan Duta, dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1.

Allahyarham dilahirkan di Kedah pada 29 April 1938 dan pernah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen selama lima penggal antara 1982 dan 2004.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan