Timbalan Menteri sedia kosongkan kerusi untuk Anwar
Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bersedia mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim bertanding.
Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (Gambar: Facebook/Fuziah Salleh)
KUANTAN: Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bersedia mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim bertanding.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata perkara itu dilakukan dengan pertimbangan untuk membolehkan Encik Anwar kembali ke Parlimen selepas pilihan raya kecil diadakan.
"Ramai anggota Parlimen PKR yang sanggup kosongkan kerusi (Parlimen) ... kalau beliau (Anwar) mahu datang ke Kuantan pun, saya sedia mengosongkan kerusi," kata Fuziah semasa ditemui di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1440H/2018M di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di Kuantan, hari ini (11 Sep).
Cik Fuziah mengulas mengenai spekulasi PKR akan mengosongkan satu kerusi Parlimen pada minggu ini, bagi memberi laluan kepada Encik Anwar, yang dikatakan sebagai persediaan untuk beliau menjadi Perdana Menteri.
Kedudukan kerusi itu dijangka diumumkan esok, selepas Encik Anwar pulang dari Hong Kong.
Setakat ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengesahkan pilihan raya kecil itu tidak akan berlaku di utara mahupun di Pandan, yang buat masa ini dipegang Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim.
Laporan berkaitan:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.