Timbalan Amir Makkah tinjau Tapak Suci bagi pastikan prasarana, khidmat haji siap bagi jemaah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: AFP
MAKKAH: Timbalan Amir Makkah Putera Saud Bin Mishal, mengadakan lawatan pemeriksaan di beberapa lokasi di Tapak Suci pada Ahad (10 Jun) bagi memastikan ia siap untuk menerima para jemaah semasa musim haji. Pengarah Keselamatan Awam Saudi, Leftenan Jeneral Mohammed Al-Bassami dan beberapa pegawai berjawatan tinggi mengiringi Timbalan Amir itu semasa lawatan tersebut.
Putera Saud memulakan lawatan tersebut dengan memeriksa kesiapsiagaan Kereta Api Mashair tersebut untuk mengangkut para jemaah antara Tapak Suci itu semasa musim haji. Beliau menyemak operasi dan kawalan kegiatan pusat tersebut, kesiapsiagaannya untuk mengendalikan kereta api dan skrin interaktif yang mengandungi maklumat mengenai operasi percubaan dan pengurusan penumpang. Rancangan haji tahun ini menyasarkan untuk mengangkut lebih dua juta penumpang melalui lebih 2,000 perjalanan dalam tempoh tujuh hari, menurut agensi berita Saudi Gazette.
Selain itu, beliau menghadiri taklimat mengenai peranan Pasukan Keselamatan Kemudahan itu di stesen Kereta Api Mashair dan usaha mereka dalam mengendalikan pergerakan pejalan kaki dan pengurusan penumpang di stesen tersebut. Usaha sedemikian bertujuan mengelakkan kesesakan dan menguruskan jumlah penumpang, dengan pergerakan pejalan kaki turut dipantau melalui bilik kawalan bagi memastikan keselamatan para jemaah yang memasuki stesen tersebut.
Beliau turut mengunjungi Hospital Timur Arafat dan mengkaji aliran kerja di beberapa jabatan, termasuk jabatan kecemasan, bilik pengasingan, klinik, unit rawatan rapi, bilik operasi dan unit rawatan strok haba. Hospital tersebut menampung sebanyak 405 katil, dipetik daripada Saudi Gazette.
Timbalan Amir tersebut memeriksa Projek Pembangunan Kem Arafat, kemudahan dua tingkat yang dilaksanakan oleh Syarikat Mutawif bagi jemaah haji dari Negara-Negara Bukan Arab Afrika di bawah pengawasan Kidana Development Company, pemaju utama Tapak Suci.
Projek itu bermatlamat untuk memperkayakan perkhidmatan jemaah haji dengan menyediakan semua perkhidmatan penting yang diperlukan untuk melaksanakan ibadah, menggunakan ruang di Tanah Suci dengan lebih berkesan, meningkatkan mutu perkhidmatan, dan memperkenalkan perkhidmatan inovatif baharu bagi memastikan keselesaan jemaah dan meningkatkan kapasiti Tapak Suci tersebut.
Tambahan pula, beliau menyemak semula fasa pertama laluan pejalan kaki Muzdalifah, yang berkeluasan 70,000 meter persegi dan boleh menampung seramai 60,000 jemaah.
Timbalan Amir itu kemudian mengunjungi hospital bergerak di Muzdalifah, yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan, yang mengandungi 50 katil dan menyediakan perkhidmatan perubatan yang diperlukan kepada para jemaah haji.
Di akhir lawatan tersebut, Putera Saud mempengerusikan satu mesyuarat, yang dihadiri Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Eng. Abdullah Al-Swaha, Gabenor Suruhanjaya Komunikasi, Angkasa dan Teknologi (CST) Mohammed Altamimi, dan beberapa pemimpin sektor ekonomi digital, lapor Saudi Gazette.
Semasa mesyuarat itu, Timbalan Amir tersebut diberikan taklimat mengenai persiapan sistem tersebut bagi musim haji tahun ini, petunjuk pertumbuhan sektor komunikasi dan teknologi, dan kesediaan semua rancangan dan keteguhan rangkaian di Tanah Suci, dengan penyelarasan dengan entiti sektor awam dan swasta serta jawatankuasa yang mengawasi musim haji itu.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.