Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

‘Tikus hero’ Kemboja mati; kesan lebih 100 periuk api dan bahan letupan

Anggaran Waktu Membaca:


PHNOM PENH: Tikus pengesan periuk api Magawa yang dianggap sebagai "wira" Kemboja mati pada usia lapan tahun selepas berkhidmat selama lima tahun.

Demikian menurut pertubuhan bukan keuntungan Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) pada Selasa.

APOPO adalah sebuah pertubuhan dari Belgium yang melatih tikus gergasi Afrika untuk menyelamatkan nyawa dengan mengesan periuk api dan penyakit batuk kering.

"Dengan dukacita kami berkongsi berita sedih bahawa HeroRAT Magawa mati pada hujung minggu ini," lapor agensi berita Anadolu semasa memetik kenyataan agensi tersebut.

"Magawa berada dalam keadaan sihat dan menghabiskan sebahagian besar minggu lepas bermain dan cergas seperti biasa, tetapi menjelang hujung minggu pergerakannya mula perlahan, lebih banyak tidur siang dan kurang berminat terhadap makanan pada hari-hari terakhirnya."

Sepanjang tugasnya, Magawa mengesan lebih 100 periuk api dan bahan letupan lain, di samping menyelamatkan banyak nyawa di Kemboja, menjadikannya "HeroRAT APOPO paling berjaya setakat ini", menurut kenyataan itu.

Magawa dianugerahi Pingat Emas PDSA pada September 2020 -- anugerah tertinggi bagi keberanian yang boleh diterima haiwan dan bersara tahun lalu, digantikan oleh HeroRAT Ronin.

Tikus gergasi Afrika itu lahir di Tanzania pada November 2013. Selepas dilatih oleh APOPO, ia dibawa ke Siem Reap di Kemboja pada 2016 untuk memulakan tugasnya, tambah laporan tersebut.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan