TikTok, YouTube 'masih belum cukup selamat' untuk kanak-kanak: Badan pemantau Britain
Anggaran Waktu Membaca:
- Ofcom melaporkan TikTok dan YouTube gagal menunjukkan komitmen jelas untuk mengurangkan kandungan berbahaya kepada kanak-kanak di Britain.
- Tinjauan mendapati 73 peratus remaja terdedah kepada kandungan berbahaya, dengan TikTok dan YouTube menjadi platform utama pendedahan tersebut.
- Walaupun peraturan keselamatan online kanak-kanak akan berkuat kuasa Julai 2025, perubahan yang berlaku masih kecil dan ramai kanak-kanak bawah umur masih menggunakan platform tersebut.
- Ofcom telah meminta maklumat terperinci daripada Meta, TikTok dan YouTube mengenai langkah mereka mengesan serta menghalang pendedahan kandungan berbahaya, dan sedang meneliti maklum balas syarikat-syarikat itu.
LONDON: TikTok dan YouTube gagal memberi komitmen terhadap “sebarang perubahan ketara” bagi mengurangkan kandungan berbahaya, sekali gus menjadikan platform itu “masih belum cukup selamat” untuk kanak-kanak.
Demikian menurut badan kawal selia Britain pada Khamis (21 Mei), lapor Anadolu Ajansi.
Menurut laporan Ofcom, kedua-dua platform itu gagal memberi komitmen terhadap langkah ketara bagi mengurangkan paparan kandungan berbahaya kepada kanak-kanak, meskipun mendakwa usaha mereka sudah selamat untuk golongan itu.
“Bukti meluas yang kami terbitkan hari ini (21 Mei) menunjukkan platform berkenaan masih belum cukup selamat,” menurut Ofcom.
Badan pemantau itu menyatakan sejak kewajipan keselamatan online kanak-kanak berkuat kuasa di Britain pada Julai 2025, perubahan terhadap tahap pendedahan kanak-kanak kepada kandungan berbahaya masih kecil, dengan hampir tiga perempat remaja berusia 11 hingga 17 tahun atau 73 peratus terdedah kepada kandungan itu dalam tempoh empat minggu.
Menurut data Ofcom, lebih satu pertiga atau 35 peratus daripada kanak-kanak berkenaan mengingati pendedahan kepada kandungan berbahaya.
Ofcom menyatakan separuh daripada kanak-kanak usia sekolah menengah yang melihat kandungan berbahaya mengingati mereka menemukannya di TikTok iaitu 53 peratus, diikuti YouTube tidak termasuk YouTube Kids sebanyak 36 peratus, Instagram 34 peratus dan Facebook 31 peratus.
Tinjauan Ofcom pada November dan Disember tahun lepas mendapati tujuh daripada 10 kanak-kanak berusia 11 hingga 17 tahun pernah terdedah kepada kandungan berbahaya dalam talian, namun hanya 15 peratus memaklumkan perkara itu kepada orang dewasa.
“Kajian terbaharu kami menunjukkan 84 peratus kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun masih menggunakan satu daripada lima perkhidmatan dalam talian paling meluas capaiannya, iaitu YouTube, Facebook, TikTok, Instagram dan Snapchat, walaupun had umur minimum ialah 13 tahun,” menurut Ofcom.
Badan pemantau itu turut memaklumkan telah mengeluarkan permintaan maklumat terperinci yang mengikat dari segi undang-undang kepada Meta, TikTok dan YouTube berhubung cara mereka mengesan serta menghalang kanak-kanak daripada terdedah kepada kandungan berbahaya, dan kini sedang meneliti maklum balas mereka.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.