Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TikTok uji chatbot AI 'Tako' di Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
TikTok uji chatbot AI 'Tako' di Filipina

(Gambar hiasan: Denis Charlet/AFP)

HONG KONG: Platform media sosial TikTok menyatakan pada Khamis (25 Mei) bahawa ia dalam peringkat awal meneroka 'chatbot' dipanggil "Tako" yang boleh berbual dengan pengguna mengenai video-video pendek dan membantu mereka mencari video baru.

Ia sedang menjalankan ujian bersama beberapa pengguna terpilih di Filipina.

OpenAI, yang disokong Microsoft Corp, melancarkan chatbot ChatGPT tahun lalu, menawarkan interaksi paling mirip manusia setakat ini.

Ia mencetuskan perlumbaan untuk menghasilkan kecerdasan buatan (AI), termasuk pesaing TikTok, Snap Inc, yang menggunakan teknologi ChatGPT buat aplikasinya, "My AI".

TikTok menyatakan Tako direka untuk membantu pengguna mencari "kandungan yang menghiburkan dan memberi inspirasi" di aplikasi tersebut.

Pada awal pagi Khamis, syarikat aplikasi kecerdasan Israel, Watchful Technologies, menyatakan ia menemui Tako di beberapa versi aplikasi TikTok di telefon bimbit Apple Inc.

Ketika ditanya mengenai Tako, jurucakap TikTok berkata platform media sosial itu sering meneroka teknologi baru.

Namun syarikat itu tidak mendedahkan sebab Filipina dipilih.

CADANGAN VIDEO

Penyelidik Watchful, Daniel Buchuk berkata pasukannya mula menemui rujukan kepada Tako di beberapa versi aplikasi TikTok pada bulan ini, termasuk versi ujian di sebuah peranti iOS di Amerika Syarikat.

Tidak seperti ChatGPT, Tako lebih berfungsi untuk membantu navigasi dengan tumpuan mengalakkan pengguna menonton lebih banyak video, kata Encik Buchuk.

"Jadi, jika anda tanya "Bilakah kemahkotaan Raja Charles?' Tako akan berikan anda jawapannya, dan anda juga akan melihat video-video TikTok berkaitan," tambahnya.

TikTok menekankan bahawa Tako adalah chatbot yang sedang diuji dan responsnya mungkin tidak tepat.

Tambahnya, ia akan menyemak ciri perbualan bersama Tako atas sebab keselamatan dan memberi amaran kepada pengguna untuk tidak berkongsi maklumat peribadi bersama aplikasi tersebut.

 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan