TikTok Malaysia sudah tutup akaun jual dadah 'gula-gula khayal'
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Mario Tama/Getty Images/AFP)
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi Malaysia mengesahkan TikTok sudah menutup satu akaun yang memaparkan aktiviti jualan gula-gula khayal disyaki dadah, daripada platform media sosial itu.
Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil berkata, hasil semakan pada Rabu (25 Sep) mendapati, TikTok sudah menurunkan akaun itu dan ia tidak lagi boleh diakses di negara itu, lapor Utusan.
“Carian pagi tadi menunjukkan pihak TikTok mengambil tindakan menurunkannya. Akaun itu tidak lagi boleh diakses, ia telah hilang,” katanya dalam sidang media pada Rabu.
Susulan itu, Encik Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah membuat laporan polis berhubung kegiatan penjualan gula-gula khayal itu di platform itu pada hari yang sama.
“Laporan polis itu dibuat hari ini selepas perkara itu didedahkan pengguna media sosial di aplikasi X baru-baru ini.
“Bagaimanapun berdasarkan produk terbabit, saya minta MCMC meluaskan siasatan dan carian untuk mengenal pasti pihak lain yang cuba menjual dadah seperti ini di platform bukan hanya TikTok, tetapi (di platform media sosial) lain.
“Kita serah kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Katanya, MCMC juga akan meminta penjelasan daripada pihak TikTok tentang bagaimana akaun penjualan dadah boleh diakses sebelum ini.
Baru-baru ini, gempar pendedahan di platform X mendakwa dadah dijual secara terang-terangan di platform e-dagang, TikTok.
Menerusi pendedahan yang dibuat, ramai telah terpedaya dan terjebak membuat pembelian kerana menganggap ia hanya gula-gula biasa seperti 'lolipop'.
Difahamkan, kesan pengambilan gula-gula itu lebih kurang seperti ganja selain dijual sekitar 10 ketul pada harga RM10 (S$3.10).
Menurut laporan Utusan, bahagian profil akaun itu turut tertera mesej ringkas memaklumkan produk tersebut sesuai untuk kegunaan di kelab malam dan pusat karaoke.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.