Skip to main content

Dunia

TikTok lancar alat kesan deepfake tokoh awam di seluruh dunia

TikTok pada Jumaat (20 Nov) mengumumkan pelancaran alat pengesanan deepfake bagi tokoh awam di seluruh dunia, sebagai usaha membendung penyebaran maklumat palsu yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Anggaran Waktu Membaca:
TikTok lancar alat kesan deepfake tokoh awam di seluruh dunia

Logo aplikasi TikTok dalam ilustrasi bertarikh 16 Januari 2025. (Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 20 Nov 2026 02:49PM
TikTok launches tool to detect deepfakes of public figures worldwide
  • TikTok, which is owned by ByteDance, announced on 20 November a deepfake detection tool for public figures worldwide, which will be rolled out gradually.
  • Politicians and accounts with large followings can detect and report AI-generated content that uses their images without permission, to curb false information.
  • TikTok’s Chief of Government Communications for European Elections, Francesca Scapolo, said the effort helps safeguard the integrity of elections, including in Italy, France and Greece next year.
  • The move follows European Union AI transparency rules that have been in force since August and TikTok’s labelling requirements. Other platforms are also developing similar tools, while AFP and other fact-checking organisations verify videos for TikTok.
Dijana oleh AI

LONDON: TikTok pada Jumaat (20 Nov) mengumumkan pelancaran alat pengesanan deepfake bagi tokoh awam di seluruh dunia, sebagai usaha membendung penyebaran maklumat palsu yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Alat yang dikenali sebagai 'likeness detection tool' itu membolehkan ahli politik dan pemilik akaun TikTok yang mempunyai ramai pengikut mengesan serta melaporkan kandungan yang dijana AI menggunakan imej mereka tanpa kebenaran.

Alat tersebut akan diperkenalkan secara berperingkat.

Deepfake merujuk kepada kandungan seperti teks, imej, video dan audio yang kelihatan atau kedengaran seperti asli, tetapi sebenarnya dijana atau dimanipulasi menggunakan AI.

Bagi TikTok, yang dimiliki syarikat ByteDance berpangkalan di China, langkah itu merupakan sebahagian usaha untuk melindungi integriti pilihan raya daripada penyebaran maklumat palsu.

Ini termasuk pilihan raya yang dijadual berlangsung di beberapa negara Eropah tahun depan, antaranya Itali, Perancis dan Greece.

LINDUNGI INTEGRITI PILIHAN RAYA

Ketua TikTok bagi Perhubungan Pemerintah untuk Pilihan Raya Eropah, Francesca Scapolo, berkata usaha melindungi integriti pilihan raya merupakan antara tanggungjawab paling penting syarikat tersebut.

Beliau berkata demikian semasa acara keselamatan dan inovasi TikTok di London pada Khamis (19 Nov).

Menurut Cik Scapolo, alat pengesanan itu akan membantu ahli politik dan pihak pemerintah mengenal pasti kandungan yang berkemungkinan dijana menggunakan AI dan disebarkan tanpa persetujuan individu yang dipaparkan.

Langkah tersebut dilaksanakan sedang Kesatuan Eropah (EU) mula melaksanakan peraturan ketelusan AI yang lebih menyeluruh sejak Ogos lalu.

Antara peraturan itu ialah keperluan melabel kandungan deepfake dan bahan lain yang dijana menggunakan AI.

TikTok sendiri sudah beberapa tahun mewajibkan pencipta kandungan melabel imej, audio dan video realistik yang dihasilkan menggunakan AI.

AI SEMAKIN PENTING DALAM PEMANTAUAN KANDUNGAN

Penggunaan AI semakin meluas dalam pemantauan kandungan media sosial, sedang pengendali platform berusaha mengurangkan kos pemeriksaan secara manual.

Ini termasuk usaha mengesan kandungan lucah, maklumat palsu dan ucapan kebencian.

Tahun lalu, TikTok menyatakan penambahbaikan teknologi membolehkan syarikat itu mengurangkan jumlah pekerjaan dan lokasi operasi pemantauan kandungannya di seluruh dunia.

Platform YouTube turut membangunkan alat pengesanan serupa yang membolehkan pencipta kandungan mengenal pasti video dijana AI yang menyamar sebagai mereka.

Sementara itu, agensi berita AFP merupakan antara lebih 12 pertubuhan pemeriksa fakta yang menerima bayaran daripada TikTok di beberapa negara untuk mengesahkan video yang berkemungkinan mengandungi maklumat palsu.

Sumber : AFP/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita