Skip to main content

Dunia

TikTok kemukakan saman untuk sekat pengharaman aplikasi itu di Amerika

Anggaran Waktu Membaca:

NEW YORK: TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman di Amerika Syarikat untuk menyekat pengharaman aplikasi itu.

Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan Amerika.

Ini termasuk pindaan bagi perlindungan kebebasan bersuara.

Presiden Amerika Joe Biden pada 24 April lalu meluluskan undang-undang yang memberikan ByteDance tempoh sehingga 19 Januari untuk melepaskan kepentingan dalam TikTok.

Sekiranya gagal, aplikasi itu akan diharamkan di Amerika.

TikTok kini digunakan sekitar 170 juta penduduk negara itu.

Menurut Rumah Putih, ia mahu pemilikan syarikat itu oleh China ditamatkan berdasarkan asas-asas keselamatan negara tetapi bukan pengharaman ke atas TikTok.

Ini didorong oleh kebimbangan para penggubal dasar Amerika, China mungkin mengakses data Amerika dan menjalankan perisikan ke atas mereka menerusi aplikasi TikTok.

TikTok bagaimanapun menafikan ia pernah berkongsi data pengguna Amerika dan sebaliknya menuduh para penggubal dasar melahirkan kebimbangan yang "spekulatif".

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita