Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TikTok diselar atas kaitan dengan pemerintah China; anggota parlimen AS gesa aplikasi diharamkan

Anggaran Waktu Membaca:
TikTok diselar atas kaitan dengan pemerintah China; anggota parlimen AS gesa aplikasi diharamkan

(Gambar: AFP/Olivier Douliery)

Diterbitkan : 24 Mar 2023 11:37AM Dikemas Kini : 28 Mar 2023 02:52AM
WASHINGTON: Para penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) menyoal ketua eksekutif TikTok mengenai kemungkinan pengaruh China ke atas platform perkongsian video itu.

Mereka berkata bahawa video pendek pada aplikasi itu menjejas kesihatan mental kanak-kanak, sekali gus mencerminkan kebimbangan pemerintah dwipartisan itu terhadap kuasa aplikasi berkenaan ke atas rakyat Amerika.

Keterangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok Chew Shou Zi kepada Kongres tidak membantu dalam meredakan kebimbangan AS terhadap ByteDance, iaitu syarikat induk TikTok yang berpangkalan di China. Ia malah meningkatkan lagi gesaan para penggubal undang-undang agar platform itu diharamkan di seluruh negara.

Sepanjang tempoh lima jam beliau memberi keterangan, Encik Chew berulang kali menafikan bahawa aplikasi itu berkongsi data atau mempunyai kaitan dengan Parti Komunis China. Beliau berhujah bahawa platform itu mengusahakan segala-galanya demi memastikan keselamatan bagi 150 juta pengguna rakyat Amerika.
 
Namun, tiada seorang pun anggota parlimen AS yang menawarkan sokongan kepada TikTok atau memberi simpati kepada Encik Chew sedang beliau cuba untuk meyakinkan mereka.

Mereka menganggap beliau cuba mengelak ketika menjawab soalan mengenai China dan menyuarakan kebimbangan terhadap kuasa yang dimainkan aplikasi itu ke atas kanak-kanak AS.

Sesetengah penggubal undang-undang pula menuduh TikTok mempromosikan kandungan yang menggalak gangguan makan dalam kalangan kanak-kanak, penjualan dadah haram dan eksploitasi seksual.

"Kami tidak menggalak atau memadam kandungan atas permintaan pemerintah China," kata Encik Chew, 40 tahun, yang merupakan seorang warga Singapura.

"Ia merupakan komitmen kami kepada jawatankuasa ini dan semua pengguna bahawa kami akan memastikan TikTok bebas daripada sebarang manipulasi oleh mana-mana pemerintah," tekannya.

Beliau berkata bahawa aplikasi itu menyaring dengan ketat kandungan yang berpotensi mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak.

Ia tidak jelas apa langkah selanjutnya yang akan diambil para penggubal undang-undang AS selepas sesi pendengaran tersebut atau berapa pantas mereka akan bertindak untuk meluluskan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa undang-undang pentadbiran Encik Biden untuk mengharamkan TikTok.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan