Skip to main content

Dunia

TikTok capai perjanjian usaha sama baharu bagi elak diharamkan di Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
TikTok capai perjanjian usaha sama baharu bagi elak diharamkan di Amerika
Logo TikTok dan bendera Amerika Syarikat dalam ilustrasi pada 24 September 2025. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)
Diterbitkan : 23 Jan 2026 09:42AM Dikemas Kini : 23 Jan 2026 09:43AM
  • ByteDance dari China memuktamadkan perjanjian pada 22 Januari untuk menubuhkan syarikat usaha sama TikTok yang majoritinya milik Amerika Syarikat.
  • Langkah ini bertujuan mengelakkan larangan aplikasi TikTok di Amerika Syarikat yang telah digunakan oleh lebih 200 juta rakyat negara itu.
  • Syarikat usaha sama USDS Joint Venture LLC akan menjaga data pengguna, aplikasi dan algoritma dengan langkah perlindungan privasi serta keselamatan siber.
  • Pelabur seperti Oracle, Silver Lake dan MGX memegang 80.1 peratus kepentingan, manakala ByteDance mengekalkan 19.9 peratus kepentingan dalam usaha sama tersebut.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Pemilik TikTok, ByteDance dari China, memuktamadkan satu perjanjian pada Khamis (22 Jan) untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang majoritinya milik Amerika Syarikat untuk mengelakkan larangan negara tersebut terhadap aplikasi media sosial popular itu, yang digunakan oleh lebih 200 juta rakyat Amerika.

Perjanjian itu merupakan satu pencapaian penting bagi aplikasi video singkat tersebut selepas bertahun-tahun berdepan isu yang bermula pada Ogos 2020, apabila Presiden Donald Trump pertama kali cuba mengharamkannya, namun gagal, atas sebab-sebab keselamatan.

USDS Joint Venture LLC TikTok akan menjaga data pengguna, aplikasi dan algoritma menerusi langkah-langkah bagi melindungi privasi data dan keselamatan siber, menurut syarikat itu.

Perjanjian itu membolehkan rakyat Amerika dan pelabur global, termasuk gergasi pengkomputeran cloud Oracle, kumpulan ekuiti privet Silver Lake dan MGX yang berpangkalan di Abu Dhabi, memegang 80.1 peratus kepentingan dalam usaha sama tersebut, sementara ByteDance mengekalkan 19.9 peratus kepentingan.
Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita