Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiger Stripes filem arahan anak M'sia pertama rangkul anugerah di Cannes

Anggaran Waktu Membaca:
Tiger Stripes filem arahan anak M'sia pertama rangkul anugerah di Cannes

Gambar: Instagram/ghostgrrrlpictures

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah atas kejayaan filem Tiger Stripes yang merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

"Tahniah filem Tiger Stripes (kerana) mencipta sejarah (sebagai) filem arahan anak Malaysia pertama yang merangkul anugerah utama di Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

"Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis (25 Mei).

Filem Tiger Stripes, arahan Amanda Nell Eu, mengisahkan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengalami tekanan dan perubahan ketara ketika mencapai usia akil baligh.

Filem terbitan syarikat Ghost Grrrl Pictures itu dibintangi pelakon terkenal Malaysia, Shaheizy Sam, bersama bintang baru, Zafreen Zairizal dan Deena Ezral.

Turut membintanginya ialah pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar.

Kejayaan itu membolehkan Eu membawa pulang wang tunai €10,000 (S$14,600) dari festival edisi ke-62 itu.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan