Tiga sekolah di Kempas laksana pembelajaran dari rumah akibat pencemaran bau
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/ Onn Hafiz Ghazi)
JOHOR BAHRU: Tiga buah sekolah ditutup pada Selasa (10 Sep) akibat pencemaran bau yang melanda kawasan sekitar kawasan Kempas sejak Isnin (9 Sep), lapor Astro AWANI.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, ketiga-tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Hidayah (privet) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (privet).
Menurut beliau, kesemua sekolah tersebut juga melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada Selasa.
"Ia membabitkan 974 murid dan 64 guru di SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Hidayah (1,232 murid dan 92 guru) serta Sekolah Menengah Islam Hidayah (807 murid dan 75 guru).
"PDPR setakat ini, sehingga hari ini sahaja, namun ia bergantung kepada situasi dan laporan semasa keadaan pencemaran," kata beliau.

Sementara itu tinjauan di lokasi mendapati kedudukan SK Kampung Maju Jaya berada bersebelahan dengan jajaran Sungai Tebrau.
Jajaran Sungai itu masih berbau seakan 'minyak diesel' sekiranya berada dekat dengan tebing sungai.
Bagaimanapun, kawasan sekitar tidak mempunyai bau yang kuat.
Pada Isnin, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, seramai 27 pelajar SK Maju Jaya, di Johor Bahru, mengalami gejala pening dan muntah dipercayai akibat pencemaran bau di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal.
Beliau berkata, kesemua mereka menerima rawatan awal di sekolah berkenaan oleh doktor dan jururawat dari sebuah klinik kesihatan dan hanya seorang dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.