Tiga maut akibat Taufan Mocha di Myanmar, kata junta
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Sai Aung Main)
YANGON: Tiga orang maut di Myanmar selepas Taufan Mocha melanda kawasan barat negara itu serta Bangladesh.
Demikian menurut pihak Junta pada Isnin (15 Mei).

Menurut kenyataan dari pasukan maklumat junta, "secara keseluruhan, tiga individu meninggal dunia dan sejumlah penduduk mengalami kecederaan" ketika taufan melanda.
Ia menambah bahawa dua daripada mangsa yang meninggal dunia merupakan rakyat negeri Rakhine dan seorang lagi mangsa berasal dari wilayah Ayeyarwady di selatan Myanmar.
Mocha adalah salah satu ribut terburuk yang melanda kawasan itu dalam tempoh lebih sedekad dengan
mencatatkan kekuatan kelajuan angin sehingga 250 kilometer sejam.
Ini menjadikannya taufan Kategori Lima yang paling teruk.
Ribut kuat menyebabkan banjir meluas, di bandar tepi pantai Sittwe, Myanmar.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.