Tiga cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
SAN FRANCISCO: Tiga orang cedera dalam satu serangan ke atas penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Jumaat (17 Jun).
Penyerang itu cuba mencederakan penumpang di kawasan awam sebelum pemeriksaan keselamatan di Terminal Antarabangsa, sebelum dia diberkas, kata pegawai lapangan terbang tersebut.
Ketiga-tiga mangsa dirawat kerana cedera ringan sebelum mereka meneruskan perjalanan masing-masing. Operasi lapangan terbang yang lain tidak terjejas, jelas pegawai.
Masih tidak jelas jika suspek itu seorang penumpang. Motif serangan juga tidak diketahui, kata pengurus tugas lapangan terbang, Russell Mackey, kepada
San Francisco Chronicle.
Seorang wartawan KTVU-TV yang sedang membuat liputan mengenai kepulangan pasukan Golden State Warriors di lapangan terbang berkata sebilah pisau ditemui di tempat kejadian.

Sumber : AP/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.