Tiga anak singa lahir di Gaza, suntik kegembiraan di negara dilanda perang
(Gambar:AP/Fatima Shbair)
GAZA: Tiga anak singa berusia tiga hari ditampilkan kepada umum buat pertama kali pada Sabtu (13 Ogos) di Taman Haiwan Gaza. Pemandangan menggembirakan yang jarang berlaku untuk kanak-kanak mahupun dewasa di negara itu dilakukan hanya beberapa hari selepas pesawat Israel menggempur wilayah itu.
Doktor haiwan Mahmoud al-Sultan berkata setiap anak singa itu seberat 700 gram (g). Beliau berasa bertuah kerana anak-anak singa itu selamat dilahirkan meskipun dengan bunyi letupan kuat terus-menerus selama tiga hari serangan.
Kebimbangan Dr Mahmoud bukan tanpa sebab.
Ibu singa itu pernah mengalami keguguran sebelum ini, kata beliau.
"Bunyi kuat menyebabkan tekanan pada haiwan liar, terutama singa, yang suara mengaumnya menjadi semakin tinggi dan ia akan bergerak terus mengelilingi kandang, " tambah Dr Mahmoud.
Anak-anak singa itu lahir pada Jumaat (12 Ogos) selang beberapa jam, lima hari selepas gencatan senjata hasil usaha Mesir menghentikan serangan antara Israel dan Jihad Islam Palestin (PIJ).
Seramai 49 rakyat Palestin termasuk 17 kanak-kanak terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam pertempuran itu.
Pada masa lalu, sejumlah haiwan di taiman haiwan privet di Gaza mati kebuluran ataupun terbunuh dalam konflk yang berpanjangan itu.
Pada Sabtu, pelawat berpusu-pusu menggunjungi Taman Haiwan Nama di pinggir bandar Gaza dengan kanak-kanak dibenarkan membelai anak singa itu.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.