Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tidak tahan dibuli, dihina; remaja 13 tahun tembak mati rakan sedarjah

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menembak mati rakan sedarjahnya selepas dipercayai dibuli dan dihina dengan panggilan ‘lady boy'. Insiden berlaku di sebuah sekolah di Bang Kraso, daerah Muang di Nonthaburi, Bangkok, pada Rabu (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak tahan dibuli, dihina; remaja 13 tahun tembak mati rakan sedarjah

(Gambar: Agensi berita menerusi BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Dec 2019 08:02AM Dikemas Kini : 19 Dec 2019 08:03AM

BANGKOK: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menembak mati rakan sedarjahnya selepas dipercayai dibuli dan dihina dengan panggilan ‘lady boy'. Insiden berlaku di sebuah sekolah di Bang Kraso, daerah Muang di Nonthaburi, Bangkok, pada Rabu (18 Dis).

Dalam insiden kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Chonlasit Boonchan, 13 tahun, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan bilik darjahnya. Dia ditembak di dahi.

Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi, memaklumkan suspek memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tembakan ke arah Chonlasit.

Beliau menambah suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya, bagaimanapun, dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah berkenaan.

Suspek memberitahu polis bahawa mangsa berulang kali menamparnya dan memanggilnya sebagai 'toot' (pondan) yang mendorong dia bertindak untuk menembak mangsa.

Suspek juga memberitahu polis bahawa dia mencuri pistol bapanya pada pagi hari insiden dan menembak Chonlasit ketika mangsa sedang menanggalkan kasutnya untuk memasuki bilik darjah.

Polis turut menemui sepucuk pistol 7.65 milimeter di dalam beg sandang remaja itu.
Remaja berkenaan kemudiannya ditahan tetapi pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan