Tidak sesuai adakan PRU15 ketika musim banjir, kata Khairy Jamaluddin
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia tidak sesuai diadakan ketika musim banjir kerana banyak faktor perlu diambil kira, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata selain faktor kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan banyak perkara penting perlu diambil kira, antaranya aspek tenaga kerja dan keselamatan rakyat tatkala musim banjir.
“Sebab pertama adalah tenaga kerja kerana banyak tenaga kerja yang diperlukan untuk pilihan raya, malah pada bulan monsun pun ramai yang perlu dikerahkan untuk menjaga pusat pemindahan sementara (PPS), jaga keselamatan rakyat dan jaga pemindahan.
“Kedua, dari segi kemudahan... PPS banyak diadakan di sekolah dan ia (sekolah) juga jadi pusat buang undi (bagi pilihan raya),” katanya semasa temu bual Setahun Pencapaian Sebagai Menteri Kesihatan di bangunan KKM di Putrajaya pada Rabu (21 Sep).
Encik Khairy juga berkata akan berlaku peningkatan penyakit bawaan air yang memerlukan rawatan daripada pihak KKM dan penyakit lain seperti demam, selesema serta sebagainya akibat keadaan cuaca.
“Maka pandangan KKM memanglah daripada segi kesesuaian diadakan pilihan raya waktu musim banjir ini, tidak sesuai,” kata Ahli Parlimen Rembau itu ketika diminta mengulas sama ada PRU15 wajar diadakan ketika musim banjir.
Pada 17 September lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU15.
Ketika ditanya sama ada KKM mengemukakan cadangan waktu yang sesuai untuk mengadakan PRU15 kepada kerajaan, Encik Khairy berkata perkara itu ada dibincangkan secara umum, namun ia terpulang kepada Perdana Menteri.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Malaysia mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November, yang mendorong kepada banjir besar pada penghujung bulan itu.
MetMalaysia menjangkakan kesan cuaca yang dialami lebih ketara memandangkan monsun timur laut yang aktif pada tempoh itu. Ini sekali gus meningkatkan risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.