Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tidak rasa bersalah FTX muflis, bekas CEO Bankman-Fried bakal aju pembelaan

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak rasa bersalah FTX muflis, bekas CEO Bankman-Fried bakal aju pembelaan

Gambar: AFP

Diterbitkan : 31 Dec 2022 11:33AM Dikemas Kini : 31 Dec 2022 11:34AM
NEW YORK: Bekas Ketua pegawai eksekutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried dijangka mengaku tidak bersalah pada Selasa (3 Jan) atas tuduhan jenayah bahawa dia menipu pelabur dan melarikan berbilion dolar dari syarikat perdagangan mata wang kripto FTX yang kini muflis.

Demikian menurut sumber yang mengetahui perkara berkenaan.

Bankman-Fried dituduh melakukan penipuan dengan menggunakan deposit pelanggan FTX untuk menyokong firma perdagangan Alameda Research yang turut diasaskannya untuk membeli hartanah dan membuat sumbangan politik bernilai jutaan dolar.

Bankman-Fried dijadualkan hadir pada pukul 2.00 petang (1900 GMT) Selasa di hadapan Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS), Lewis Kaplan di Manhattan untuk membuat pengakuan.

Peguam bela Bankman-Fried bagaimanapun tidak segera mengulas mengenai perkara tersebut.

Bankman-Fried dibebaskan dengan jaminan AS$250 juta (S$338 juta) selepas diekstradis bulan lepas dari Bahamas.
Sejak dibebaskan, Bankman-Fried dipakaikan peranti pemantauan elektronik dan dikehendaki tinggal bersama ibu bapanya, yang merupakan profesor di Sekolah Undang-undang Stanford di California.

Graduan Institut Teknologi Massachusetts itu didakwa dengan dua tuduhan penipuan dan enam tuduhan bersubahat termasuk melakukan pelanggaran kewangan kempen.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 115 tahun jika didapati bersalah.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan