Tidak perlu lagi buat pemeriksaan imunisasi untuk masuk Masjidil Haram, Masjid Nabawi
JEDDAH: Pemeriksaan imunisasi untuk memasuki Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah sudah ditiadakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi hari ini (10 Mac).
Kementerian itu sudah menyemak perkembangan penting berkaitan pandemik COVID-19 sebelum menarik balik langkah berjaga-jaga terhadap penularan koronavirus di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, lapor Saudi Gazette.
Kementerian juga membatalkan keperluan untuk mendaftar data imunisasi untuk mendapatkan permit umrah bagi jemaah umrah dari luar Arab Saudi.
Tambah Saudi Gazette lagi, permit tidak lagi diperlukan to melaksanakan ibadah di Masjidil Haram atau menziarahi Masjid Nabawi. Namun ia masih lagi diwajibkan untuk membuat Umrah dan menziarahi AlRawdah AlSharifa dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Semua langkah penjarakan sosial dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi digugurkan namun pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.
Kementerian itu juga menyatakan keperluan untuk menyerahkan ujian PCR semasa ketibaan bagi jemaah umrah asing dan keperluan untuk kuarantin di institusi dan di rumah juga dimansuhkan, lapor Saudi Gazette.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.