Tidak perlu bimbang keluar mengundi, kata Ketua Polis M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani. (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok (19 Nov), kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata jaminan itu diberikan selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan 80,000 anggotanya selain menggerakkan semua elemen bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin terutama pada hari pengundian sehingga selepas PRU15.
"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengancam ketenteraman awam terutamanya yang boleh menjejaskan proses pengundian esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat.
Encik Acryl Sani turut menasihatkan semua pihak supaya jangan mengadakan perhimpunan di tempat terbuka atau perarakan bagi meraikan kemenangan selepas PRU15.
Selain itu, bagi memastikan kelancaran aliran trafik, Encik Acryl Sani berkata pihaknya melaksanakan Op Lancar dengan memberi tumpuan di lokasi strategik yang dikenal pasti kerap berlaku kesesakan lalu lintas.

Sumber : Bernama/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.