Skip to main content

Dunia

Tidak mampu beli susu, ibu beri bayi minum 3 botol kopi sehari sehingga bayi ketagih kopi

Seorang ibu memberikan tiga botol minuman kopi kepada bayi perempuannya yang berusia 14 bulan kerana tidak mampu membeli susu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak mampu beli susu, ibu beri bayi minum 3 botol kopi sehari sehingga bayi ketagih kopi

(Gambar hiasan: Alex/Unsplash)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 11:39PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 11:44PM

SULAWESI: Seorang ibu memberikan tiga botol minuman kopi kepada bayi perempuannya yang berusia 14 bulan kerana tidak mampu membeli susu.

Bayi yang bernama Hadijah kini ketagih dengan kopi, dan ibunya mengakui anaknya itu tidak akan tidur sekiranya dia tidak meminum kopi, lapor Daily Star.

Kanak-kanak dari Selawesi Barat, Indonesia itu dikatakan "amat aktif" dan boleh berjalan sendiri.

Daily Star melaporkan, bayi itu mula ketagih dengan kopi pada usia enam bulan kerana ibu bapanya, Encik Sarifuddin dan Cik Anita hanya menyara kehidupan dengan wang sebanyak 20,000 Rupiah (S$1.96).

Cik Anita memberitahu media Indonesia bahawa pekerjaan beliau dan suaminya memproses buah kelapa tidak mencukupi. Oleh itu, mereka mula memberi Hadijah kopi pada usia enam bulan, menurut Daily Star lagi.

Kata Cik Anita: "Kami tidak ada pilihan. Pendapatan kami tidak mencukupi untuk membeli susu.

"Kami terpaksa memberinya kopi setiap hari. Dia tidak boleh tidur sekiranya dia tidak minum kopi - dia akan menangis dan memintanya," tambah Cik Anita.

Menurut The Jakarta Post, Cik Anita dan Encik Sarifuddin memberi kopi sebanyak 1.5 liter kepada anak perempuannya setiap hari.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita