Tidak lagi wajib pakai pelitup, kuarantin di UAE

(Gambar: AFP)
DUBAI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) menamatkan peraturan memakai pelitup di tempat awam dan kuarantin bagi individu yang menjadi kontak rapat kes COVID-19.
Pelawat yang sudah lengkap divaksin yang tiba di hab pelancongan dan komersil Timur Tengah itu, juga tidak lagi perlu menjalani ujian PCR, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Krisis Kecemasan dalam panduan terbaru yang berkuat kuasa pada Sabtu (26 Feb).
"Bagi sektor ekonomi dan pelancongan, prosedur menjaga jarak selamat dibatalkan namun memakai pelitup di dalam kawasan tertutup masih diwajibkan," menurut mereka.
Ibu kota Abu Dhabi juga menggugurkan keperluan mengemukakan ujian PCR negatif sebagai syarat masuk bagi warga dari wilayah UAE yang lain.
Kes harian COVID-19 di UAE dilaporkan merosot kepada kira-kira 600 kes daripada hampir 3,000 pada bulan lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.