Tidak lagi wajib pakai pelitup di kawasan dengan tahap vaksinasi 70% di Colombia
Gambar Hiasan.
Seorang lelaki mendapatkan vaksin COVID-19 Moderna di bar La Cantina di Medellin, Colombia, pada 11 Ogos 2021. (Gambar: AFP)
BOGOTA: Pemerintah Colombia tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup di luar rumah di kawasan-kawasan di mana lebih 70 peratus penduduk sudah menerima vaksin COVID-19, kata Presiden Ivan Duque pada Rabu (23 Feb).
Langkah itu bagi melonggarkan lagi sekatan-sekatan yang sebelum ini dikuatkuasakan bagi membendung penularan koronavirus, selain dijadikan sebagai insentif untuk menggalak rakyat yang belum lagi mendapatkan suntikan vaksin.
Colombia merancang untuk memvaksin sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 50 juta penduduknya.
"Majlis-majlis perbandaran dengan tahap vaksinasi melebihi 70 peratus boleh menarik balik pemakaian pelitup di kawasan-kawasan awam," kata Duque kepada para wartawan.
Lebih 33 juta penduduk sudah lengkap divaksin di Colombia, menurut kementerian kesihatan negara itu, manakala lebih 8 juta penduduk sudah mendapatkan suntikan dos penggalak.
Colombia melaporkan lebih 6 juta kes jangkitan koronavirus sepanjang tempoh pandemik, dengan 138,285 kematian dicatatkan, menurut perangkaan rasmi negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.