Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tidak dapat wang, perompak bersenjata bawa lari.. ayam goreng

Tiada rotan akar pun berguna. Pepatah itu seakan cocok untuk menggambarkan insiden yang berlaku di sebuah bandar kecil di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak dapat wang, perompak bersenjata bawa lari.. ayam goreng

Gambar hiasan (Gambar: AFP/GETTY Images)

Diterbitkan : 30 Nov 2018 04:11PM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 04:18PM

DANVILLE: Tiada rotan akar pun berguna. Pepatah itu seakan cocok untuk menggambarkan insiden yang berlaku di sebuah bandar kecil di Amerika Syarikat.

Pegawai polis di Danville, Illinois mendapat aduan daripada seorang lelaki pada Isnin (29 Nov) yang mendakwa menjadi mangsa satu rompakan bersenjata.

Apabila disoal, mangsa berkata seorang remaja lelaki mengacukan pistol dan menuntutnya menyerahkan wang.

Suspek kemudian sedar, mangsa tidak mempunyai wang.

Daripada pulang dengan tangan kosong, suspek itu merampas beg berisi ayam goreng yang baru dibeli mangsa dan segera melarikan diri dari tempat kejadian.

Mujur menurut media tempatan, tiada kecedaraan dilaporkan.

Meskipun begitu, kejadian itu pasti membuat sesetengah orang tertanya-tanya: siapa yang lebih bernasib malang - si mangsa yang kehilangan makan malamnya, atau si perompak yang kini diburu polis hanya disebabkan ayam goreng? 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan