Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS tidak dapat sahkan China kumpul data dari belon perisik

Anggaran Waktu Membaca:
AS tidak dapat sahkan China kumpul data dari belon perisik

Sebuah pesawat pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon perisikan China ketika ia terapung di luar pantai South Carolina pada 4 Februari 2023. (Gambar: AP)

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyatakan pada Isnin (3 Apr) bahawa ia tidak dapat mengesahkan laporan yang menyatakan China berupaya mengumpul data daripada belon perisik yang berlegar-legar di ruang udara markas tentera pada awal tahun ini.

Menurut mereka, siasatan lanjut masih dijalankan.

NBC News pada Isnin (3 Apr) melaporkan bahawa belon perisik China itu berupaya menghantar maklumat kepada Beijing dalam masa nyata, meskipun pemerintah AS cuba menghalangnya daripada berbuat demikian - dengan pendedahan itu mungkin akan meningkatkan lagi kritikan Republican terhadap Presiden Biden kerana lambat bertindak untuk menembak jatuh belon tersebut.

NBC turut menukil dua pegawai kanan AS dan seorang mantan pegawai pentadbiran.

Rumah Putih dan Pentagon memberitahu para wartawan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan laporan itu.

Pentagon menegaskan bahawa para pakar masih meneliti serpihan yang dikumpul selepas belon itu ditembak jatuh pada 4 Februari.

"Buat masa ini, saya tidak dapat mengesahkan bahawa terdapat penghantaran data dalam masa nyata kepada China," kata jurucakap Pentagon Sabrina Singh, sambil menambah "ia adalah sesuatu yang sedang diteliti sekarang".

Kementerian Luar China di Beijing dan Kedutaan China di Washington tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk memberikan komen.

Belon itu yang dinafikan Beijing sebagai alat risikan, berlegar-legar di ruang udara AS dan Kanada selama seminggu sebelum tentera AS menembak jatuh belon tersebut di pantai Atlantik atas arahan Presiden Biden.
Sumber : Reuters/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan