Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Tidak cukup sekadar minta maaf', kata bapa mangsa serangan dron AS di Kabul

Tidak cukup jika setakat meminta maaf.

Anggaran Waktu Membaca:
'Tidak cukup sekadar minta maaf', kata bapa mangsa serangan dron AS di Kabul

Encik Emal Ahmadi bersama keluarganya menziarahi kubur arwah anak perempuannya yang maut susuli serangan dron Amerika Syarikat di Kabul. (Gambar: AP Photo)

Diterbitkan : 19 Sep 2021 04:14PM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 04:15PM

KABUL: Tidak cukup jika setakat meminta maaf.

Demikian rintihan seorang bapa mangsa serangan dron Amerika Syarikat di Afghanistan yang meragut nyawa 10 anggota keluarga, termasuk tujuh kanak-kanak, bulan lalu.

"Tidak cukup bagi kami, jika sekadar meminta maaf. Amerika sepatutnya, siapa yang melakukan serangan itu, siapa yang membunuh kanak-kanak tidak bersalah di sini, termasuk anak perempuan saya, keluarga saya.

"Saya hendak Amerika menjalankan perbicaraan adil, sesiapa yang melakukan serangan ini, mereka sepatutnya dihukum Amerika," luah Encik Emal Ahmadi, bapa seorang mangsa serangan dron.

Encik Emal kehilangan Malika, anak perempuannya berusia tiga tahun, pada 29 Ogos, apabila kereta abangnya disasarkan peluru Hellfire Amerika Syarikat.

Pentagon memohon maaf kelmarin atas "kesilapan tragik" itu.

Ini selepas berminggu-minggu Amerika Syarikat menolak dakwaan bahawa orang awam terkorban dalam serangan itu, dan bukan anggota pengganas ISIS seperti yang diumumkan sebelum ini.

Serangan tersebut dilancarkan menyusuli serangan bom nekad di Lapangan Terbang Kabul, tiga hari sebelumnya.

Menurut beberapa agensi berita antarabangsa, kereta berkenaan sebenarnya dipandu abang Encik Emal, Zemerai Ahmadi, seorang pekerja badan kemanusiaan Amerika Syarikat di Afghanistan.

Encik Emal juga meminta agar Amerika membayar ganti rugi dan memindahkan keluarganya ke negara lain yang lebih selamat. 

Sumber : AP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan