Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS tidak boleh lepas tangan ke atas Afghanistan, kata bekas diplomat Pakistan

Amerika Syarikat (AS) perlu terus bekerjasama dengan Taliban demi masa hadpan Afghanistan meskipun tenteranya sudahpun berundur dari negara pasca perang itu, kata bekas diplomat tertinggi Pakistan, Aizaz Ahmad Chaudhry.

Anggaran Waktu Membaca:
AS tidak boleh lepas tangan ke atas Afghanistan, kata bekas diplomat Pakistan

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 22 Sep 2021 01:08PM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 01:10PM

KUALA LUMPUR Amerika Syarikat (AS) perlu terus bekerjasama dengan Taliban demi masa hadpan Afghanistan meskipun tenteranya sudahpun berundur dari negara pasca perang itu, kata bekas diplomat tertinggi Pakistan, Aizaz Ahmad Chaudhry.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Islamabad (ISSI) di Pakistan itu berkata AS tidak boleh lepas tangan selepas berada di negara itu selama 20 tahun.

"AS dan dunia Barat memiliki tanggungjawab untuk tidak membatalkan pemerintahan (Taliban) ini.

"Mereka (AS) ada di sana (di Afghanistan) dalam tempoh lama. Mereka datang untuk memulihkan Al-Qaeda dan menetap di Afghanistan bagi membentuk sistem demokrasi Barat yang liberal. Tetapi hal itu tidak berlaku kerana setiap negara mempunyai tradisinya yang tersendiri," ungkapnya dalam siri webinar bertemakan “Political Reconciliation and Social Economic Reconstruction of Afghanistan” pada Selasa (21 Sep).

Webinar tersebut dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Dunia Muslim Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sejarah dan Peradaban Islam, Universiti Malaya (UM), Institut Penyelidikan Polisi Islam Islamabad (IPRI), Pusat Penyelidikan Dunia Muslim Pakistan, Australia serta Kesatuan Kajian OIC (OICGS ), Malaysia.

KETIADAAN PIHAK BERKUASA PUSAT

Beliau turut menyuarakan kebimbangan sekiranya AS dan Barat terus membekukan dana serta menghentikan kerjasama bagi pembangunan Afghanistan sehingga mendorong ke kancah perang saudara.

"Tanpa kewujudan pihak berkuasa pusat, entiti pengganas akan kembali ke Afghanistan. AS akan mendorong negara itu kembali ke era pra-2001,” katanya.

Taliban kembali berkuasa bulan lalu, menyebabkan AS menyekat akses Afghanistan kepada rizab asing bernilai US$9 bilion (S$12 bilion) di bank-bank Amerika. Sementara itu, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menghentikan akses kepada sumber-sumber termasuk rizab monetari baru bernilai hampir US$400 juta (S$541 juta).

PAKISTAN DIGESA PIMPIN NEGARA LAIN BANTU AFGHANISTAN

Encik Aizaz, pernah bertugas sebagai duta Pakistan ke AS, turut menggesa negara serantau agar berganding bahu untuk membantu membangunkan semula Afghanistan. Ini termasuk menghulurkan bantuan kemanusiaan dan menyediakan pakej bantuan ekonomi serta pembangunan.

Langkah itu dilihat amat penting ke arah pembentukan Afghanistan yang stabil dan akan memanfaatkan wilayah tersebut.

"Apa yang paling mendesak sekarang adalah rakyat Afghanistan tidak merasa disisih masyarakat antarabangsa," katanya sambil menambah Afghanistan termasuk Taliban harus mencari penyelesaian terbaik bagi menamatkan konflik.

"Mari beri peluang kepada kedamaian. Rusia, China, Pakistan, Iran, semua ingin melihat keamanan kembali di Afghanistan,” ujarnya.

Sementara itu, bekas menteri luar Malaysia, Syed Hamid Albar, berkata dunia harus akur Taliban kini pemerintah de facto Afghanistan.

"Sama ada kita menyokong atau sebaliknya, hakikatnya adalah mereka sekarang adalah pemerintah de facto. Mereka mengawal keadaan dan kita perlu lihat dari sudut pragmatik,” katanya dalam ucapan pembukaan webinar itu.

Beliau turut menggesa Pakistan, negara jiran Afghanistan, agar memainkan peranan memimpin negara lain untuk membantu proses pembinaan semula Afghanistan.

Encik Syed Hamid, yang juga ketua Kesatuan Kajian OIC (OICSG), berharap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar dan membincangkan keadaan di Afghanistan serta merangka pelan membantu negara itu. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan