Tidak boleh lagi bergantung kepada kuasa besar bagi pertahankan hak asasi manusia: Human Rights Watch
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Human Rights Watch
NEW YORK: Badan pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), menerbitkan laporan tahunannya pada Khamis (12 Jan) yang memperincikan salah guna kuasa di seluruh dunia dan dapatannya adalah suram.
Kumpulan itu menyatakan krisis-krisis menyebabkan banyak penderitaan manusia pada tahun lalu dan sudah mustahil untuk bergantung kepada kuasa-kuasa besar bagi mempertahankan hak asasi manusia.
Amerika Syarikat, China serta Rusia adalah antara negara yang disifatkan sebagai hipokrit dan menyekat kebebasan awam.
Di Asia, HRW menyeru Indonesia supaya menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi ASEAN bagi membantu pelarian Rohingya yang melarikan diri dari tentera di Myanmar.
Bot-bot yang membawa golongan terdesak itu terdampar di pantai Indonesia, dengan ramai antara mereka dalam keadaan lemah dan hampir mati akibat dugaan yang menimpa mereka.
Jakarta menyatakan ia akan menubuhkan pejabat utusan khas untuk menangani keganasan di Myanmar.

Sumber : Reuters/LL/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.