Skip to main content

Dunia

Tiba masanya pencarian MH370 dihentikan, kata Dr Mahathir

Pencarian sudah memakan masa lebih empat tahun merangkumi kawasan yang luas, namun sehingga kini tiada sebarang bukti.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiba masanya pencarian MH370 dihentikan, kata Dr Mahathir

Pesanan bagi penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 ditulis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. (Gambar fail: AFP/MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 30 May 2018 02:55PM Dikemas Kini : 30 May 2018 02:58PM

PUTRAJAYA: Sudah sampai masanya pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dihentikan.

Demikian menurut Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, seperti yang dipetik laman Astro Awani hari ini (30 Mei).

Ini kerana pencarian sudah memakan masa lebih empat tahun merangkumi kawasan yang luas, namun sehingga kini tiada sebarang bukti yang menunjukkan pasukan penyiasat semakin dekat untuk menemui jawapan kepada misteri kehilangan pesawat itu, lapor Astro Awani.

"Sampai masa kita perlu hentikan juga pencarian. Misi pencarian dijalankan merangkumi kawasan yang begitu luas tapi sehingga kini tidak menemui sebarang bukti.

"Kita sudah sampai ke tahap di mana kita tidak boleh meneruskan untuk mencari sesuatu yang kita tak boleh temui. Jika ada bukti baru, kita akan pertimbangkan untuk meneruskan pencarian. Tetapi buat masa ini, kita terpaksa menghentikannya.

"Ia keputusan yang dikesali dan kita memahami perasaan ahli keluarga. Tetapi kita tidak boleh teruskan mencari selama-lamanya," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini, menurut laporan Astro Awani.

Pencarian MH370 oleh syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity, berakhir semalam (29 Mei).

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita