Skip to main content

Dunia

Tianjin lapor virus COVID-19 dikesan pada aiskrim

Virus COVID-19 dikesan pada aiskrim yang dihasilkan di timur China, yang mencetuskan langkah menarik balik produk dari keluaran kumpulan yang sama, menurut pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
Tianjin lapor virus COVID-19 dikesan pada aiskrim

Seorang lelaki di Beijing, China melihat produk beku di pasar raya pada 13 Ogos 2020 (Gambar fail: Reuters/Thomas Peter)

Diterbitkan : 17 Jan 2021 05:18PM Dikemas Kini : 17 Jan 2021 05:25PM

BEIJING: Virus COVID-19 dikesan pada aiskrim yang dihasilkan di timur China, yang mencetuskan langkah menarik balik produk dari keluaran kumpulan yang sama, menurut pemerintah.

Daqiaodao Food Co di Tianjin, bersebelahan Beijing, dikenakan sekatan dan para pekerjanya sedang diuji bagi COVID-19, menurut satu kenyataan pemerintah bandar. Tiada tanda menunjukkan terdapat sesiapa mendapat jangkitan COVID-19 daripada aiskrim itu.

Kebanyakan daripada 29,000 karton dalam kumpulan itu belum dijual, menurut pemerintah. Menurutnya lagi 390 yang telah terjual di Tianjin sedang dikesan dan pihak berkuasa di kawasan lain telah dimaklumkan mengenai penjualan di kawasan-kawasan mereka.

Bahan-bahan dalam produk itu termasuk susu tepung New Zealand dan serbuk whey dari Ukraine, menurut pemerintah

China pada Ahad (17 Jan) melaporkan 109 kes baru COVID-19, dua pertiga daripadanya di wilayah utara di sempadan Beijing, dan tiada kematian.

Terdapat 72 kes baru di wilayah Hebei, di mana pemerintah sedang membangunkan hospital pengasingan dengan 9,500 bilik untuk memerangi peningkatan semula jangkitan, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional.

Angka korban di China kekal sebanyak 4,653 daripada 88,227 kes kesemuanya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita