Skip to main content

Dunia

Tiada yang lebih layak menerima Hadiah Keamanan FIFA selain Trump: Rumah Putih

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada yang lebih layak menerima Hadiah Keamanan FIFA selain Trump: Rumah Putih

Presiden Amerika Donald Trump bercakap mengenai penyelidikan ke atas rawatan kesihatan mental di Pejabat Oval Rumah Putih di Washington, D.C. pada 18 April 2026. (Gambar: REUTERS/Nathan Howard)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 29 Apr 2026 01:36PM Dikemas Kini : 29 Apr 2026 01:37PM
MELBOURNE: Rumah Putih membalas kritikan terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dianugerahi Hadiah Keamanan FIFA, dengan menyatakan tiada yang lebih layak selain presiden Amerika itu.

Badan pentadbir bola sepak global FIFA memberikan Presiden Trump anugerah sulung itu semasa cabutan Piala Dunia pada bulan Disember kerana "menggalak keamanan dan perpaduan di seluruh dunia", mencetuskan kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia dan aktivis menjelang Piala Dunia.

Pemain bola sepak Australia Jackson Irvine berkata minggu ini bahawa pemberian anugerah kepada Presiden Trump mempermainkan Dasar Hak Asasi Manusia FIFA, manakala persekutuan bola sepak Norway menyatakan FIFA harus memansuhkan anugerah itu.

Rumah Putih bertindak balas dengan menyatakan "dasar luar negara Keamanan melalui Kekuatan" Presiden Trump menamatkan lapan peperangan dalam masa kurang daripada setahun.

"Tiada orang lain di dunia yang lebih layak menerima Hadiah Keamanan pertama FIFA selain daripada Presiden Trump. Sesiapa yang berfikir sebaliknya jelas mengalami kes teruk Sindrom Kecelaruan Trump," kata jurucakap Rumah Putih Davis Ingle dalam satu kenyataan.

Amerika, yang menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia dengan Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai, melancarkan serangan ketenteraan ke atas Venezuela sebulan selepas cabutan untuk kejohanan itu dibuat dan memulakan serangan udara bersama dengan Israel ke atas Iran pada 28 Februari.

Presiden Trump kerap menyebut kejayaannya menyelesaikan konflik antarabangsa dan berkata pada banyak kali bahawa beliau sepatutnya dianugerahi Hadiah Keamanan Nobel.
Sumber : Reuters/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita