Tiada varian baru dikesan di M'sia, kata Ketua Pengarah Kesihatan M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Agensi berita)
PUTRAJAYA: Setakat ini tiada varian baru termasuk subvarian Omicron, XBB 1.5, yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19 dikesan di Malaysia, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut laporan Astro Awani, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, dalam tempoh setahun yang lalu, data menunjukkan hanya varian sedia ada seperti Omicron terdapat dalam masyarakat.
“Setakat ini, varian dominan di negara kita adalah Omicron XBB. Tapi sekarang satu lagi varian XBB 1.5 dikesan di Amerika Syarikat, walau bagaimanapun kita masih memantau dari segi keparahan dan penularan."
“Buat masa ini, XBB.1.5 tidak dikesan di negara kita dan pemantauan masih lagi dijalankan."
"Kita juga bekerjasama dengan negara-negara lain untuk melihat dari segi penularan varian XBB1.5 ini,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi libat urus Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dengan media pada Selasa (10 Jan), lapor agensi berita Astro Awani.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan berkata, XBB.1.5 ialah keturunan subvarian Omicron XBB yang terjadi daripada persilangan di antara dua strain terdahulu, BA.2.75 dan BA.2.10.1.
Pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama 'kraken' yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19.
Strain 'kraken' itu dipercayai lebih mudah berjangkit dan mampu mengelak daripada perlindungan vaksin dan jangkitan lama.
Subvarian itu turut dikesan di Australia, United Kingdom (UK) dan beberapa negara Eropah lain seperti Denmark, Perancis, Jerman dan Sepanyol.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.