Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada unsur pemerdagangan, kanak-kanak dalam kontena akan dihantar pulang

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada unsur pemerdagangan, kanak-kanak dalam kontena akan dihantar pulang

(Gambar: Pelabuhan Barat)

Diterbitkan : 20 Jan 2023 02:24PM Dikemas Kini : 20 Jan 2023 02:25PM
JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tiada unsur pemerdagangan manusia terhadap seorang kanak-kanak warga asing yang ditemui dalam kontena di kawasan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, pada Selasa lalu (17 Jan).

Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata, laporan dan siasatan polis sudah dijalankan berhubung kes itu dan kanak-kanak itu dalam proses penghantaran pulang.

Katanya, kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai 'Fahim' itu ditemui dalam salah sebuah kontena yang dibawa sebuah kapal dari Bangladesh.

"Apabila kapal itu tiba di Pelabuhan Klang, kontena diturunkan dan didapati ada satu kontena ditemui seorang budak lelaki (di dalamnya). Nama dia Fahim."

"Dia (kanak-kanak) itu satu-satunya yang ditemui. Jadi, laporan polis dibuat, disiasat dan dia dibawa ke pemeriksaan kesihatan. Kebetulan, kanak-kanak ini demam."

"Dan kemudiannya, proses untuk dia dihantar pulang dibuat mengikut saluran undang-undang."

"Kita tidak buat kesimpulan kepada aspek permerdagangan manusia lagi kerana siasatan awal mendapati dia masuk (ke dalam kontena), kemudian tertidur, dan tiba sampai sini."

"Jadi, pihak berkuasa telah buat siasatan, pastikan dia sihat dan kemudian, proses penghantaran pulang. Satu (kontena) sahaja," katanya, lapor agensi berita Astro Awani.

Encik Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada Jumaat (20 Jan).

Pada Khamis (19 Jan), tular video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang tiba di dermaga Pelabuhan Barat.

Menurut laporan Astro Awani, siasatan polis mendapati ia melibatkan kapal MV Integra yang bertolak dari Chittagong pada 12 Jan, membawa kontena mengandungi muatan barangan am, dan tiba di Pelabuhan Klang pada Selasa.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan