Tiada unsur jenayah dalam kes kematian warga asing dilanggar kereta api: Polis Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
SHAH ALAM: Tiada unsur jenayah dalam kes kematian seorang warga asing selepas dilanggar kereta api di Stesen Komuter Klang pada pagi Selasa (28 Jan).
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu telah menjalani bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada pagi Selasa (28 Jan).
"Punca kematian adalah kerana kecederaan akibat dilanggar kereta api dan tiada sebarang unsur jenayah. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan mati mengejut untuk siasatan lanjut," kata Encik Cha menerusi kenyataan pada Rabu (29 Jan).
Encik Cha memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pengadu yang memandu kereta api tersebut mengatakan seorang lelaki telah dilanggar di Stesen Komuter Klang di Jalan Besar pada 7.22 pagi.
Menurutnya, siasatan mendapati pada 6.38 pagi semasa pengadu memandu kereta api dari arah Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat seperti terlanggar sesuatu.
"Seterusnya, berlaku kebocoran gas pada sistem kereta api yang menyebabkan ia berhenti dan tidak dapat meneruskan perjalanan. Apabila pemeriksaan dilakukan, pengadu menjumpai mayat seorang lelaki di bawah gerabak keempat dan terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian itu," katanya.
Encik Cha berkata hasil siasatan mendapati lelaki itu dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap dan kaki kanannya terputus.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.