Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada tolak ansur terhadap kes sijil vaksinasi palsu, tegas Polis M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada tolak ansur terhadap kes sijil vaksinasi palsu, tegas Polis M'sia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Jan 2022 08:43AM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 08:44AM

IPOH: Kerajaan negeri tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati memalsukan sijil vaksinasi COVID-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin, tindakan tegas akan dikenakan terhadap sesiapa saja yang melakukan perkara tersebut, lapor Astro AWANI.

"Sudah tentu jika ada yang memalsukan sijil vaksinasi, tindakan tegas akan diambil dengan segera.

"Sekarang ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), polis, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) termasuk pihak bertanggungjawab sentiasa melakukan pemantauan.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap pihak-pihak yang cuba bertindak memalsukan sijil vaksinasi COVID-19 di negeri ini," katanya lagi.

Mohd Akmal berkata demikian di sidang media selepas menyerahkan sumbangan alat bantuan pernafasan kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Kompleks Rawatan Harian HRPB semalam (12 Jan), seperti dinukil Astro AWANI.

Jelasnya lagi, bagaimanapun setakat ini tiada kes diterima berhubung perkara itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan