Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada subsidi elektrik, bantuan kewangan haji buat golongan berpendapatan tinggi M'sia, kata PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Golongan berpendapatan tinggi (T20) di Malaysia tidak akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan untuk mengurus dan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

“Kita tidak naikkan kadar elektrik, melainkan untuk T20. Untuk T20 sahaja, iaitu rumah-rumah besar yang tidak akan diberikan subsidi elektrik.

“PADU akan dapat menyelaras semua angka-angka yang disebut. Ini sama dengan Bantuan Kewangan Haji, kepada B40 kita tambah. Bagi T20 tidak akan ada lagi tambahan ataupun subsidi daripada kerajaan. Mereka harus belanja sepenuhnya kos haji kerana mereka dalam kalangan yang mampu,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin (22 Mei).

Encik Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian sebagai menjawab soalan Encik Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang ingin tahu dasar-dasar baru dan drastik yang dilaksanakan semenjak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

Beliau berkata pengecualian subsidi itu adalah bagi melaksanakan pemberian subsidi yang lebih bersasar.
Sumber : Bernama/FZ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan