Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada SST ke atas sate di kedai makan, kata Lim Guan Eng

Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST tidak akan dikenakan ke atas sate yang dijual di kedai makan, kata Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada SST ke atas sate di kedai makan, kata Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Sep 2018 05:54PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 02:40PM

IPOH: Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST tidak akan dikenakan ke atas sate yang dijual di kedai makan, kata Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng.

Menurut Encik Lim, SST yang dikenakan ke atas makanan popular rakyat Malaysia itu adalah di peringkat pemprosesan untuk tujuan pembungkusan dan penjualan.

"Ini adalah satu penjualan (peringkat pemprosesan) yang dikenakan SST, bukan dekat kedai," kata beliau kepada para wartawan selepas menghadiri taklimat SST pada Sabtu (1 Sep).

Encik Lim berkata demikian semasa ditanya sama ada sate ayam atau daging yang dijual di kedai akan turut dikenakan SST memandangkan ia disenaraikan sebagai antara barangan dikenakan cukai tersebut di bawah 'preparation of meat' atau 'penyediaan daging'.

Encik Lim juga menyarankan para peniaga serta premis perniagaan yang belum mengemas kini sistem mereka untuk melaksanakan SST supaya berbuat demikian dengan segera.

Beliau berkata, kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan mereka tidak boleh melaksanakan SST, malah perlu membayar cukai kepada kerajaan dengan menggunakan wang sendiri.

Saranan sama turut disuarakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia T. Subromaniam, yang berkata lawatan mesra pihaknya mendapati bahawa masih terdapat penyedia perkhidmatan yang belum mengemas kini sistem mereka.

"Kita nasihatkan mereka untuk buat 'updating sistem' berkenaan supaya cukai perkhidmatan enam peratus boleh dikenakan," katanya.

Beliau turut menasihatkan para peniaga yang mempunyai masalah termasuk daripada sudut teknikal, supaya menghubungi pihak kastam untuk mendapatkan bantuan.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan