Tiada saranan gantung sementara helikopter Fennec, HOM, kata Menteri Pertahanan Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA TERENGGANU: Menteri Pertahanan Malaysia Khaled Nordin berkata kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
“Setakat ini tidak ke arah itu (gantung sementara),” katanya secara ringkas kepada para wartawan selepas menyempurnakan program Penyerahan Rumah Kasih Ihsan di Kampung Dusun Tembakau di Manir.
Beliau berkata demikian apabila ditanya jika terdapat keperluan untuk menggantung perkhidmatan kedua-dua jenis helikopter tersebut menyusuli nahas pada pagi Selasa (23 Apr) yang melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Fennec (M502-6).
Kejadian yang berlaku di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.
Semua yang terkorban sudahpun dikebumikan dengan jasad terakhir, T Sivasutan, 31 tahun, selamat menjalani upacara persemadian di Pusat Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram di Sitiawan pada 12.15 tengah hari, Khamis lalu.
Dalam pada itu, Encik Khaled mengesahkan bangkai dua helikopter berkenaan termasuk kotak hitam sudah dialihkan dari tempat kejadian pada Khamis.
“Saya dimaklumkan semuanya telah dialihkan untuk ke tempat siasatan dibuat,” katanya.
Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Lembaga Siasatan yang ditubuhkan TLDM yang turut melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia dan pakar lain termasuk pembuat helikopter.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan proses itu akan melibatkan pakar dari luar negara jika ada keperluan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.