Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada rombakan Kabinet semasa pentadbiran saya, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad hari ini (17 Sep) berkata tidak ada sebarang rombakan kabinet semasa pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada rombakan Kabinet semasa pentadbiran saya, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Diterbitkan : 17 Sep 2019 07:15PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 07:23PM

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad hari ini (17 Sep) berkata tidak ada sebarang rombakan kabinet semasa pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

“Tidak, tidak ada semasa dalam tempoh pentadbiran saya,” katanya semasa ditemu ramah di stesen radio BFM bagi menjawab satu soalan sekiranya barisan kabinet semasa perlu dirombak.

Menurut Dr Mahathir walaupun barisan menteri ketika ini masih baharu memikul tanggungjawab masing-masing, mereka kini mempunyai pengalaman kira-kira setahun sebagai menteri.

“Jika saya ambil menteri baharu, saya perlu memberikan masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru, dia mungkin tidak akan dapat melaksanakannya dengan baik. Menteri baharu tidak bermaksud menteri yang lebih baik,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata rombakan kabinet tidak semestinya menyelesaikan masalah, sebaliknya ia mungkin akan menimbulkan masalah baharu.

“Apabila anda merombak semula kabinet, ia akan mewujudkan banyak masalah, ia tidak menyelesaikan masalah (tapi) mungkin mewujudkan banyak masalah, itu sebabnya saya tidak berapa setuju untuk menyelesaikan masalah dengan menukar orang. Saya ada buat pertukaran sebelum ini, saya berhenti (tugas) tapi saya dipanggil untuk kembali,” tambahnya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan