Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada rombakan kabinet - Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad hari ini (6 Mei) mengulangi tidak akan merombak kabinet beliau dan memberi sokongan 100 peratus kepada pasukannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada rombakan kabinet - Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 May 2019 08:16PM Dikemas Kini : 06 May 2019 08:19PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad hari ini (6 Mei) mengulangi tidak akan merombak kabinet beliau dan memberi sokongan 100 peratus kepada pasukannya.

"Mereka telah menunjukkan prestasi baik. Tiada sebab untuk saya merombak kabinet," kata beliau.

Bercakap di sidang media khas sempena ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir mengakui kebanyakan menterinya adalah orang baru dan kurang berpengalaman ketika mereka mula-mula dilantik untuk memegang jawatan masing-masing.

"Tambahan pula, mereka sangat takut dituduh melakukan kesalahan.

"Ini menyebabkan mereka sukar hendak membuat keputusan tetapi mereka cepat belajar," ujar Dr Mahathir.

Apabila diminta memberi penilaian terhadap prestasi para menterinya, Dr Mahathir berkata beliau memberi mereka lima daripada 10 markah kerana beliau sangat konservatif.

"Kadang-kadang mereka melakukan sesuatu perkara tanpa merujuk pandangan saya terlebih dahulu. Itu tidak sepatutnya dilakukan. Ia menyebabkan timbul beberapa masalah kecil tapi mereka belajar...

"Kadang-kadang mereka mendapat publisiti buruk daripada tindakan mereka itu. Kemudian mereka datang berjumpa saya untuk bertanyakan apa yang patut dilakukan. Saya akan dengar apa yang mereka katakan dan memberikan penilaian,” kata beliau.

Dr Mahathir turut menambah selaku Perdana Menteri, beliau cuba mengajar serta membimbing para menterinya dan yakin bahawa mereka akan menunjukkan prestasi yang setanding dengan orang berpengalaman jika mereka diberikan masa.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan