Tiada risiko terhadap Adele susuli ancaman serangan ke atas konsert Taylor Swift, kata Polis Jerman
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: @adele/Instagram
MUNICH: Polis Jerman pada Khamis (8 Ogos) menyatakan bahawa mereka tidak melihat sebarang risiko yang meningkat terhadap siri konsert Adele yang sedang berlangsung di Munich, sehari selepas persembahan rakan 'superstar', Taylor Swift, dibatalkan di Vienna disebabkan oleh ancaman serangan pengganas.
"Tentu sahaja, ini adalah sebahagian daripada penilaian kami terhadap situasi. Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas," kata jurucakap ibu pejabat polis di bandar Bavaria itu.

BACA:
Beliau menekankan bahawa polis tidak mengetahui sebarang risiko terhadap persembahan Adele, yang diadakan di sebuah stadium 'pop-up' yang dibina khusus dengan 73,000 tempat duduk.
"Kami mempunyai pasukan polis yang mencukupi di tempat kejadian," tambah jurucakap berkenaan. Namun, beliau menyatakan ini disebabkan oleh "situasi politik global," yang telah menyebabkan lebih banyak langkah berjaga-jaga di acara besar "selama beberapa waktu."
Penyanyi pop Britain yang terkenal dengan lagu seperti 'Rolling in the Deep' dan 'Someone Like You' memulakan 10 konsertnya di Munich pada 2 Ogos.
Beliau telah mengadakan dua persembahan setakat ini dan persembahan seterusnya dijadual berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini.
Di Vienna, pihak berkuasa menyatakan seorang suspek berusia 19 tahun merancang untuk membunuh seberapa banyak peminat Swift yang mungkin menggunakan bom buatan sendiri dan pisau.
Ini menyebabkan pembatalan ketiga-tiga persembahan Swift minggu ini di ibu kota Austria itu.
Suspek utama sudah diberkas dan mengaku kepada komplot yang digagalkan itu, kata pegawai keselamatan pada Khamis. Seorang remaja berusia 17 tahun juga telah ditangkap.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.