Tiada rancangan untuk 'pindah' awan dari Taif ke Tanah Suci demi tangani cuaca panas musim haji
Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menolak kemungkinan menggunakan teknologi penyelidikan yang membolehkan awan di Taif dipindahkan ke Tanah Suci, demi mengurangkan kesan cuaca panas melampau semasa musim Haji yang akan datang.
Jurucakap NCM, Hussein Al-Qahtani, berkata pihaknya akan dapat meraih manfaat daripada teknologi tersebut bagi keselesaan jemaah haji pada masa depan, sekiranya diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan, lapor agensi Saudi Gazette.
"Idea tersebut masih belum diperhalusi lagi memandangkan ia masih berada di peringkat awal. Idea itu memerlukan kajian yang mendalam oleh pakar sebelum pelaksanaannya semasa musim haji pada masa depan," ujarnya.
Menurut Al-Qahtani, NCM berhasrat untuk melaksanakan teknologi penyelidikan tersebut menerusi Program Pembenihan Awan Serantau.
Teknologi tersebut akan membolehkan awan di Taif digerakkan ke Makkah di bawah rangka kerja untuk memperluaskan kerja-kerja pusat yang sama di Tapak Suci tersebut. Ia bertujuan untuk mengurangkan suhu panas di Tanah Suci dan mengubah suai cuacanya.
Idea bagi projek tersebut bertujuan memastikan cuaca lebih selesa di Mina, Arafat dan Muzdalifah semasa musim haji, katanya, lapor Saudi Gazette.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.