Tiada rancangan bina taman tema di Cameron Highlands
Kerajaan Pahang tidak pernah menerima permohonan rasmi atau mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak bagi membina sebuah taman tema di Cameron Highlands, kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

KUANTAN: Kerajaan Pahang tidak pernah menerima permohonan rasmi atau mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak bagi membina sebuah taman tema di Cameron Highlands, kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata dakwaan yang tersebar menerusi media sosial kononnya sebuah taman tema akan dibina di kawasan itu adalah tidak benar dan beliau meminta semua pihak merujuk kepada kerajaan negeri bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berhubung isu berkenaan.
"Tidak betul.. jangan percaya, setakat ini tiada sebarang permohonan rasmi, dan dalam mesyuarat Exco pun kita tidak pernah bincang perkara ini," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin hari ini (21 Sep).
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa sebuah teman tema bernilai RM100 juta (S$32.2 juta) akan dibina di kawasan seluas 24 hektar di Cameron Highlands yang mendapat bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk setempat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.