Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada rakyat SG terjejas oleh pengeboman di Baitulmakdis: MFA

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Nov 2022 08:06PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 11:34PM
SINGAPURA: Pemerintah Singapura menyatakan, tiada laporan setakat ini mengenai rakyat Singapura yang terjejas oleh pengeboman di Baitulmakdis semalam.

Dua ledakan bom di dua stesen bas semasa waktu sibuk sebelah pagi semalam meragut nyawa sekurang-kurangnya seorang mangsa, dan mencederakan sebilangan yang lain.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) mengutuk keras pengeboman itu.

MFA menyatakan, tiada alasan untuk mana-mana pihak melancarkan serangan terhadap orang awam.

MFA juga menggesa warga Singapura yang berada di Israel supaya berwaspada, memantau liputan berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Warga Singapura yang melakukan perjalanan ke Israel dinasihatkan agar berdaftar dengan MFA, dan menghubungi kedutaan Singapura di Tel Aviv untuk mendapatkan bantuan konsul.
 
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan