Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada perubahan pada dasar pertahanan 'setakat ini': tentera Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada perubahan pada dasar pertahanan 'setakat ini': tentera Israel

Gambar: AFP

Diterbitkan : 05 Aug 2024 12:31PM Dikemas Kini : 05 Aug 2024 01:20PM
BAITULMAKDIS: Tentera Israel pada Ahad (4 Ogos) menyatakan "setakat ini" ia tidak mengubah dasar melindungi orang awam, sedang Iran dan Hezbollah dijangka membalas dendam atas pembunuhan dua anggota kanannya.

"Malam ini, saya ingin merujuk kepada beberapa laporan dan khabar angin bahawa kami sedang berjaga-jaga terhadap tindak balas musuh kami ke atas Israel," kata jurucakap tentera Laksamana Muda Daniel Hagari dalam taklimat online bersama wartawan.

"Saya menekankan bahawa setakat ini, tiada perubahan pada dasar pertahanan Home Front Command," katanya, merujuk kepada cabang tentera yang mengendalikan perlindungan orang awam ketika perang dan kecemasan, termasuk bencana alam.

Encik Hagari dan pegawai tentera dan pemerintah Israel, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, berulang kali mengatakan bahawa negara tersebut sedia bagi sebarang serangan, lapor Arab News.

Sekalipun demikian, Encik Hagari berkata bahawa perlindungan Israel tidak "sempurna".

"Perlindungan itu tidak sempurna. Oleh itu, setiap rakyat wajib mengetahui arahan, di mana sahaja mereka berada dan perlu berjaga-jaga."

Encik Hagari juga mengumumkan bahawa Home Front Command melancarkan sistem baharu yang memberi amaran kepada rakyatnya sekiranya berlaku kecemasan.

"Amaran itu akan dihantar ke telefon bimbit yang berada di kawasan diancam," katanya.

Terdapat kebimbangan bahawa perang di Gaza mungkin menjadi konflik serantau, selepas ketua tentera Hezbollah Fuad Shukr dibunuh di Beirut, manakala ketua Hamas Ismail Haniyeh dibunuh pada hari seterusnya.

Iran dan sekutunya Hezbollah menyalahkan Israel atas kematian kedua-dua tokoh itu, dan berjanji untuk membalas dendam.

Menurut laporan Arab News, Israel sudah mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan Encik Shukr, namun masih berdiam diri mengenai kematian Encik Haniyeh.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan