Skip to main content

Dunia

Tiada permit umrah bagi jemaah Saudi 70 tahun ke atas meski sudah divaksin

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjelaskan bahawa permit umrah tidak akan diberikan kepada para jemaah rakyat tempatan yang berusia 70 tahun ke atas, tanpa mengira status vaksinasi COVID-19 mereka, lapor Saudi Gazette pada Selasa (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada permit umrah bagi jemaah Saudi 70 tahun ke atas meski sudah divaksin

(Gambar: Haramain/Facebook)

Diterbitkan : 24 Mar 2021 12:22PM Dikemas Kini : 24 Mar 2021 12:27PM

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjelaskan bahawa permit umrah tidak akan diberikan kepada para jemaah rakyat tempatan yang berusia 70 tahun ke atas, tanpa mengira status vaksinasi COVID-19 mereka, lapor Saudi Gazette pada Selasa (23 Mac).

"Rakyat dan golongan ekspatriat di Arab Saudi boleh memohon permit Umrah jika mereka berusia antara 18 dengan 70 tahun, selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Kanak-kanak tidak dibenarkan sebagai pengiring manakala pemegang permit boleh meletakkan nama ibunya sebagai pengiring, ”menurut kementerian itu.

Kementerian tersebut juga mendedahkan bahawa vaksinasi terhadap COVID-19 bukan satu prasyarat untuk mendapatkan permit Umrah.

"Apa yang diperlukan adalah memohon permit melalui aplikasi Eatmarna kementerian itu dan pengisytiharan tentang status kesihatan yang bebas COVID-19, jelasnya.

Saudi Gazette turut melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Arab Saudi sebelum ini menasihati mereka yang ingin menunaikan haji dan umrah supaya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, sementara Penolong Menteri Kesihatan Dr. Muhammad Al-Abdel Ali yang juga adalah jurucakap Kementerian Kesihatan berkata pada Ahad bahawa syarat mendapatkan suntikan vaksin koronavirus untuk menunaikan Umrah masih dipertimbangkan.

Kementerian tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 diwajibkan bagi mereka yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita