Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada perjanjian dicapai di sidang puncak Trump-Kim

Sidang puncak kedua Trump-Kim berakhir di Hanoi, tanpa sebarang perjanjian dicapai antara kedua-dua pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada perjanjian dicapai di sidang puncak Trump-Kim

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijadual bertemu di Hanoi dari 27 hingga 28 Februari. (Gambar fail: Jonathan Ernst/Reuters)

Diterbitkan : 28 Feb 2019 04:55PM Dikemas Kini : 28 Feb 2019 05:02PM

HANOI: Sidang puncak kedua Trump-Kim berakhir di Hanoi, tanpa sebarang perjanjian dicapai antara kedua-dua pihak.

Rumah Putih setakat menyatakan "rundingan-rundingan akan diteruskan pada masa hadapan."

Menurutnya, Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un telah "mengadakan rundingan amat baik dan membina."

Mereka membincangkan pelbagai cara untuk membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear dan bagaimana untuk memajukan ekonomi Pyongyang.

Namun tiada perjanjian dicapai mengenai isu pelucutan senjata nuklear.
Sidang puncak di Hanoi berakhir lebih awal daripada yang dijadualkan.

Kedua-dua pemimpin meninggalkan tempat persidangan tanpa menandatangani sebarang perjanjian bersama seperti yang dirancang.

Awal dari itu, Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memberikan gambaran positif dengan berkata, beliau tidak akan berada di Vietnam untuk menemui Presiden Trump jika beliau belum bersedia untuk melucutkan program nuklear di Semenanjung Korea.

Encik Kim juga mengalu-alukan kemungkinan Washington membuka sebuah pejabat penyelaras di ibu kota Pyongyang, Korea Utara.

Ketika ditemui para wartawan sebelum bermulanya rundingan hari ini, Presiden Trump menegaskan beliau tidak tergesa-gesa untuk mendapatkan Korea Utara melucutkan program nuklear di Semenanjung Korea.

Beliau juga menyebut tentang potensi Korea Utara menjadi "kuasa ekonomi" sekiranya ia memilih untuk melucutkan sepenuhnya program nuklearnya.

Semasa rundingan bersejarah di Singapura pada Jun tahun lalu, Korea Utara juga membayangkan kesediaan melucutkan rancangan pembangunan senjata nuklearnya.

Sumber : CNA/MM/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan