Tiada perjanjian dicapai dalam sidang puncak Trump-Putin bagi tamatkan perang Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Trump dan Putin sekali lagi berjabat tangan di atas pentas sidang puncak di Alaska. (Gambar: Reuters)
ANCHORAGE, Alaska: Sidang puncak yang dinanti-nantikan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin pada Jumaat (15 Ogos) tidak mencapai sebarang perjanjian untuk menamatkan atau menghentikan perang Rusia di Ukraine.
Ini meskipun kedua-dua pemimpin menyifatkan perbincangan itu sebagai “membina”.
Dalam kemunculan di hadapan media selepas pertemuan hampir tiga jam di Alaska, kedua-dua pemimpin berkata mereka mencapai kemajuan dalam beberapa isu yang tidak diperincikan.
Namun, tiada maklumat lanjut diberikan dan tiada soalan dibenarkan, dengan Trump - yang biasanya lantang - mengabaikan soalan yang dikemukakan oleh wartawan.
“Ada banyak perkara yang kami setuju. Saya akan katakan ada beberapa isu besar yang belum selesai, tapi kami telah buat sedikit kemajuan,” kata Encik Trump.
“Tiada perjanjian selagi belum ada perjanjian,” tambah beliau.
Rundingan itu tidak dilihat sebagai membawa langkah bermakna ke arah gencatan senjata dalam konflik paling berdarah di Eropah sejak 80 tahun lalu - mahupun ke arah mesyuarat susulan antara Encik Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, dua matlamat yang sebelum ini ditetapkan oleh Encik Trump menjelang sidang tersebut.
Encik Putin berkata beliau menjangkakan Ukraine dan sekutu-sekutu Eropahnya akan menerima hasil rundingan Amerika-Rusia ini secara membina dan tidak cuba “menggagalkan kemajuan yang sedang terbentuk”.
“Saya harap perjanjian hari ini akan menjadi titik rujukan, bukan sahaja untuk menghuraikan masalah Ukraine, tetapi juga untuk memulihkan hubungan pragmatik dan berorientasikan urusan antara Rusia dan Amerika Syarikat,” kata Encik Putin.
Namun beliau turut mengulangi pendirian Rusia bahawa apa yang didakwa sebagai “punca” konflik mesti diselesaikan terlebih dahulu untuk mencapai keamanan jangka panjang - satu petanda bahawa beliau masih enggan bersetuju dengan gencatan senjata.
Sementara kedua-dua pemimpin itu berunding, perang terus berlangsung, dengan kebanyakan wilayah timur Ukraine di bawah amaran serangan udara.
Gabenor wilayah Rostov dan Bryansk di Rusia melaporkan beberapa kawasan mereka diserang oleh dron Ukraine.
Encik Zelenskyy pula menolak sebarang penyerahan wilayah secara rasmi kepada Mosko dan menuntut jaminan keselamatan yang disokong oleh Amerika Syarikat.
Encik Trump berkata beliau akan menghubungi Encik Zelenskyy dan pemimpin NATO untuk memaklumkan perkembangan hasil sidang puncak di Alaska.
Tiada reaksi segera dari Kyiv mengenai pertemuan itu.
Ahli parlimen pembangkang Ukraine, Oleksiy Honcharenko, berkata dalam aplikasi mesej Telegram: “Nampaknya Putin telah membeli lebih banyak masa. Tiada gencatan senjata atau pengurangan konflik yang dipersetujui.”
Menteri Luar Republik Czech, Jan Lipavsky, dalam kenyataannya berkata beliau mengalu-alukan usaha Trump, namun meragui kesungguhan Encik Putin untuk mencapai perjanjian damai.
“Kalau Putin benar-benar serius mahu berunding untuk keamanan, beliau tidak akan menyerang Ukraine sepanjang hari ini,” katanya.

Sumber : Reuters/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.